Dipengerusikan oleh Ketua UPI (Ust Jalaluddin B Hj Mispan)
Di mulakan dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran & Terjemahan
PROGRAM MAHRAJAN PERINGKAT NEGERI
Daerah Kota Tinggi diberi tanggungjawab melaksanakan Program Mahrajan Institusi Pendidikan Islam (SMKA, KAA dan SABK) Peringkat Negeri Johor 2009 yang akan diadakan pada 3-5 Julai 2009 di SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi. Sehubungan itu, diminta semua AJK PEKDIS Daerah Kota Tinggi untuk turut serta menjadi urusetia pada majlis tersebut.
Turut hadir dari Sektor Pendidikan Islam JPNJ :
OMAR BIN SALLEH PENOLONG PENGARAH OPERASI DAKWAH
MOHD KHAIRI BIN MABIAI PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN SMKA
HAJI MOHMAD HAKIM BIN SOHALI PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN KAA
HAJI AHMAD ZAKUAN BIN MD KHUDZARI PENOLONG PENGARAH BAHASA ARAB
JAMIL BIN HUSSIN PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN KEPIMPINAN
AKTIVITI, BILANGAN PENYERTAAN DAN TEMPAT PERTANDINGAN ;
1) Kalimatus Sobah (1 L atau 1 P) - SMK BANDAR PENAWAR 2) Qiraah Sab'ah ( 1 L atau 1 P) - SMK BANDAR PENAWAR 3) Musabaqah al-Imlak wa at Tahji'iyah ( 1 L atau 1 P) - SMKA BANDAR PENAWAR 4) Rekacipta (Modul P&P) - Berpasukan (1 Guru & 2 L/P) - SM SAINS BANDAR PENAWAR 5) Pertandingan Catur (1 L atau 1 P) - SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR 6) Hiwar Bahasa Arab (3 L atau 3 P) - SMKA BANDAR PENAWAR
Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?Atau apakah ia bala yang diturunkan oleh Allah swt terhadap manusia yang semakin jauh menyimpang daripada landasan kehidupan islam.Suatu ketamadunan mengambil masa yang begitu panjang untuk dibina dan jatuh semula dengan mudah atau sedikit demi sedikit.Lihatlah bagaimana kaum Thamud dibinasakan oleh Allah swt dan juga kaum Luth atas kekufuran mereka terhadap seruan para anbia yang terdahulu.Mungkinkah kita akan mengulangi perkara yang sama?Nauzubillah!!Semoga Allah swt melindungi kita semua daripada ujian yang berat ini.
Segalanya ada kemungkinan. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Namun, dari siri bukti-bukti sejarah, reaksi Obama dan pengkajian saintis serta bukti-bukti yang didapati dari kes sebelumnya, segalanya mungkin! Ketika selsema babi mengganas di US pada tahun 1976, manusia yang paling mendapat keuntungan diatas merebaknya wabak ini ialah Presiden Donald Rumsfeld, yang mana pada masa itu dia adalah CEO kepada syarikat Gilead Sciences Pharmaceutical. Syarikat yang bertanggungjawab untuk memproduksi vaksin kepada selsema babi ini. Syarikat ini berjaya mengaut keuntungan ber-million dollar dan saham syarikat ini pada masa itu melambung tinggi. Cerita ini bermula bila seorang tentera mati akibat daripada apa yang disyaki oleh pakar sebagai selsema babi pada tahun 1918. Sebagai alasan daripada insiden ini, Rumsfeld selaku Setiausaha Pertahanan berjaya melancarkan 1 kempen mempengaruhi rakyatnya bahawa pemerintahan US yang baru akan memastikan bahawa setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Ameika akan diberikan vaksin. Pada masa itu, Kemenangan berpihak pada Gerard Ford dan dia berjaya menjadi presiden. Lantas, vaksin dicipta dan diedarkan diseluruh US sepantas kilat! Namun, program distribusi vaksin itu berhenti sebulan selepas tamatnya pilihanraya.
Dari segi keuntungan harga saham,Reuters telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa sejak tersebarnya selsema babi, syer saham bagi syarikat Biocryst Pharmaceuticals melonjak sehingga 26% dan Novavax melonjak sehingga 75%, hasil daripada spekulasi yang menyatakan kemungkinan 2 syarikat gergasi ini akan menjadi pengeluar kepada vaksin selsema babi ini. Walaubagaimanapun, syarikat Baxter International Inc. mengesahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan WHO untuk mengeluarkan vaksin bagi menghalang merebaknya virus ini. Syarikat ini telah berjaya untuk membina teknologi yang akan memungkinkan penciptaan vaksin virus ini dalam masa yang singkat. Jurucakap Baxter - Christopher Bona telahpun meminta sampel virus daripada WHO untuk menjalankan ujikasi makmal bagi mencipta vaksin yang berpotensi. 1 perkara yang cukup 'menarik' perhatian saintis dan pengkaji adalah, SEBULAN sebelum tercetusnya epidemik tersebut, Baxter telahpun menjalankan ujikajinya terhadap sampel virus tersebut!
Menurut Mike Adams, aktivis dan penulis NaturalNews.com, mitos tentang virus dicipta oleh pihak tertentu, menyebarkan virus tersebut dengan sengaja untuk mengakibatkan kucar kacir dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan berlipat ganda adalah sebenarnya fakta yang telah berlaku dan sedang berlaku! Sepertimana yang telah dilaporkan oleh LifeGen.de -Deerfield, Illinois-Syarikat Baxter International Inc telah dibongkar kejahatannya apabila salah seorang pegawainya ditangkap sedang membuat penghantaran virus hidup selsema burung yang dicampur dengan perkakas vaksin kepada pembekal perubatan di 18 buah negara. "Kesilapan" ini dibongkar oleh National Microbiology Laboratory, Canada. Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza, Baxter dilihat sebagai satu organisasi bio-terroris yng dengan sengaja menghantar virus ke seluruh dunia. Masakan mempertahankan tanahair dari cengkaman penjajah barat dan mempertahankan akidah dengan mengangkat senjata ketika diperangi dianggap pengganas, dan Baxter, yang semestinya didalangi oleh beberapa pemimpin dunia kapitalis terlepas walaupun ada buktinya?
Harus difahami bahawa Baxter International mempunyai satu kodifikasi keselamatan yang dinamakan BL3 iaitu (Biosafety Level 3). Dibawah BL3, Mereka yang terlibat secara langsung dalam menguruskan pathogen dan agen merbahaya, telah melelaui latihan yang spesifik dan dikawalselia oleh saintis yang berpengalaman. Semua ujikaji dijalankan dalam bekas keselamatan biologi ataupun sebarang alat fizikal, dan mereka yang terlibat diwajibkan memakai pemakaian yang bersesuaian dengan tahap keselamatan pengendalian pathogen dan agen merbahaya. Malah, makmal-makmal tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Jadi, dibawah kawalan BL3, ianya suatu perkara yang MUSTAHIL untuk virus selsema burung, mencemari pengeluaran bahan vaksin yang dipasarkan ke pembekal seluruh dunia.
Maka disini terjadi 2 kebarangkalian :
1. Baxter tidak mengikut kodifikasi BL3 yang menyebabkan virus tersebar diluar kawalan mereka
2. Ada pekerja mereka yang berkomplot untuk memusnahkan dunia dengan menyebarkan virus ini ke pembekal ke seluruh dunia.
Namun, kita harus faham bahawa penyebaran sesuatu virus, akan menyebabkan peningkatan dalam permintaan vaksin. 1 fakta yang tidak boleh disangkal bahawa memang ada corporations yang sanggup untuk membahayakan nyawa jutaan manusia atas kesempatan mengaut keuntungan. Dan 'sayangnya' corporations ini datangnya dari Amerika Syarikat, negara dambaan penguasa negara kaum muslimin.
Bagaimana pula dengan virus selsema babi ini? Menurut Mike Adams, suatu keanehan yang perlu diperhatikan apabila virus H1N1 ini bersifat hybrid atau percampuran. Daripada sumber yang beliau dapati, virus selsema babi ini terdiri daripada bahagian kodifikasi virus human influenza, selsema burung daripada America Utara, selsema babi daripada Eroah dan selsema babi daripada Asia! Bagaimana virus yang dibawa oleh burung dari Amerika Utara ini mampu berjangkit kepada babi di Eropah, kemudian bermutasi dan menjangkiti kembali burung tersebut, lalu ianya terbang dan menjangkiti pula babi di Asia dan kemudian virus itu bermutasi lagi menjadi virus yang mampu menjangkiti manusia, daripada babi di Asia lalu menjangkiti manusia di Mexico!! Sekali pandang, proses ini adalah suatu yang mampu berlaku secara alami. Namun, dek kerana butanya mata kerana wang, ianya suatu yang tidak mustahil, untuk ada campurtangan manusia dalam 'menjayakan' kewujudan H1N1 ini.
Ditambah pula dengan kenyataan daripada pegawai tinggi Amerika Syarikat seperti Fort Detrick, U.S. Army Medical Command dan Chad Jones, jurucakap Fort Meade yang mengsyaki akan keilangan sampel-sampel virus H1N1 daripada U.S. Army Medical Research Institute of Infectious Diseases.Kehilangan sampel, penghantaran virus hidup dengan sengaja, peningkatan pembelian saham syarikat yang bertanggungjawab memproduksi vaksin dan mungkin pernyataan bersahaja Obama Presiden US yang terbaru bahawa statistik dan penyebaran wabak selsema babi ini tidak memerlukan perintah darurat namun perlu diberi perhatian yang terperinci, merupakan antara poin-poin penting dalam mengkaji semula keberadaan virus-virus yang melanda dunia masa kini.
Akibat daripada keruntuhan ekonomiAmerika Syarikat, mungkinkah ini merupakan 'jalan keluar' bagi Amerika dan sekutunya dalam mendapatkan kembali pengaruhnya dimata dunia, dan dalam masa yang sama, mengaut sumber kewangan dari seluruh pelusuk dunia, akibat merebaknya virus yang merbahaya ini? Dalih yang pelbagai telahpun digunakan. Bush, pernah menggelar dirinya sebagai Bapa Peperangan. Telah berjaya dibuktikan bahawa 9/11 merupakan suatu pembohongan besar terhadap dunia sebagai alasan menduduki Iraq dan merampas hak-hak kaum muslimin. Tidak mustahil, akibat kebencian dunia terhadap Bush, maka pelobi-pelobi yahudi yang menguasai White House menggunakan Obama sebagai Bapa Virus dalam meneruskan hegemoni mereka terhadap dunia dan Islam. Terbukti bahawa sepanjang sejarah siri peperangan Amerika Syarikat terhadap musuh-musuh mereka, senjata biologi dan kimia seperti agent orange, tidak terkecuali daripada digunakan untuk memusnahkan musuh, yang membawa kepada kesan jangkasama panjang dan penderitaan yang tidak berkesudahan.
KesimpulanAdakah ini yang dikatakan sebagai an act of God? Ataupun terbit dari tangan-tangan kotor penguasa kapitalis, yang disokong penuh tanpa soal oleh penguasa negara kaum muslimin? Pada hari ini, kita semua akan diperdaya oleh para kapitalis bangsat yang akan memaksa ke atas manusia penggunaan vaksin ciptaan mereka, mengaut keuntungan dan natijahnya, kita menjadi mereka yang 'bersyukur' kepada para kapitalis dan sekutunya..Dari itu memanglah benar “setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati”.Kita sebagai orang ISLAM tidak terlepas dari berdoa kepada Yang Maha ESA,minta dijauhkan wabak,dan bala bencana ini.Sekiranya berlaku juga,kita diminta menilai & muhasabah adakah kita memang patut ditimpa penyakit ini diatas kezaliman,kemaksiatan yang telah kita lakukan @ ianya adalah ujian terhadap hambanya yang bersabar &beriman moga ditingkatkan lagi martabat imannya ke tahap yang lebih tinggi dengan diuji dengan pelbagai bentuk ujian.La Hau La Wala Quwwata illa BILLAH
Tema Hari Guru Yang Menyemarakkan Martabat Dan Maruah Guru! Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan. Guru-guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yang jelas demi kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yang memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Usaha untuk mencapai pembentukan tamadun yang tinggi peradabannya ini, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir. Budaya ini terarah untuk mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta kukuh akidah mereka. Pentradisian budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara. Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan. Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman. Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran. Sejauh manakah teras ini mampu diperkukuh dan disepadukan demi pembinaan negara bangsa......SELAMAT HARI GURU SEMUA
Walaupun Kontinjen Kota Tinggi tidak dapat mengekalkan Kejuaraan MTQ 2008, namun ucapan tahniah juga diucapkan di atas beberapa kejayaan yang diperolehi pada MTQSS dan Festival Nasyid 2009.
Keputusan RASMI MTQSS
Sekolah Rendah
Tilawah AlQuran Lelaki Johan : Johor Bahru Naib Johan : Batu Pahat Ketiga : Kota Tinggi
Tilawah AlQuran Perempuan Johan : Batu Pahat Naib Johan : Pontian Ketiga : Segamat
Hafazan AlQuran Lelaki Johan : Pasir Gudang Naib Johan : Pontian Ketiga : Johor Bahru
Hafazan AlQuran Perempuan Johan : Pasir Gudang Naib Johan : Johor Bahru Ketiga : Batu Pahat
Bercerita Lelaki Johan : Kota Tinggi Naib Johan : Pasir Gudang Ketiga : Muar
Bercerita Perempuan Johan : Pasir Gudang Naib Johan : Johor Bahru Ketiga : Pontian
Sekolah Menengah
Tilawah AlQuran Lelaki Johan : Batu Pahat Naib Johan : Muar Ketiga : Kota Tinggi
Tilawah AlQuran Perempuan Johan : Batu Pahat Naib Johan : Pontian Ketiga : Johor Bahru
Hafazan AlQuran Lelaki Johan : Johor Bahru Naib Johan : Kota Tinggi Ketiga : Pasir Gudang
Hafazan AlQuran Perempuan Johan : Mersing Naib Johan : Johor Bahru Ketiga : Muar
Syarahan Lelaki Johan : Pasir Gudang Naib Johan : Mersing Ketiga : Muar
Syarahan Perempuan Johan : Pasir Gudang Naib Johan : Kota Tinggi Ketiga : Batu Pahat
Johan Keseluruhan Rendah : Pasir Gudang Johan Keseluruhan Menengah : Batu Pahat & Pasir Gudang
Keputusan RASMI Nasyid
Sekolah Rendah Johan : Pasir Gudang Naib Johan : Muar Ketiga : Johor Bahru
Sekolah Menengah Johan : Muar Naib Johan : Pasir Gudang Ketiga : Kulai
Tahniah sekali lagi buat Kontinjen Kota Tinggi kerana berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan (Kategori Sekolah Rendah) pada pertandingan Aktiviti Maal Hijrah Peringkat Negeri 2009 di Muar...
Keputusan Rasmi
Sekolah Rendah
Berzanji Lelaki Johan Batu Pahat Naib Johan Muar Ketiga Kota Tinggi
Berzanji Perempuan Johan Batu Pahat Naib Johan Kota Tinggi Ketiga Segamat
Tulisan Jawi Lelaki Johan Kota Tinggi Naib Johan Pasir Gudang Ketiga Batu Pahat
Tulisan Jawi Perempuan Johan Pontian Naib Johan Kota Tinggi Ketiga Muar
Kuiz Pendidikan Islam Johan Kluang Naib Johan Kota Tinggi Ketiga Batu Pahat
JOHAN KESELURUHAN : KOTA TINGGI
Sekolah Menengah
Berzanji Lelaki Johan Johor Bahru Naib Johan Muar Ketiga Kulai
Berzanji Perempuan Johan Kluang Naib Johan Johor Bahru Ketiga Segamat
Seni Khat Lelaki Johan Mersing Naib Johan Kluang Ketiga Pontian
Seni Khat Perempuan Johan Pontian Naib Johan Kota Tinggi Ketiga Segamat
Kuiz Pendidikan Islam Johan Pontian Naib Johan Kota Tinggi Ketiga Johor Bahru
Assalamualaikum....dan SALAM serta SELAWAT ke Atas JUNJUNGAN Besar NABI MUHAMMAD S.A.W Menjelang bulan RabiulAwal,maka seluruh dunia akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul khususnya yang beragama ISLAM.Maka tema pada tahun ini di Malaysia memilih "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".Mari kita sama-sama perhatikan maknanya satu persatu.Wahdah bermaksud kesatuan,Pemangkin bermaksud penyebab,penggerak,Khaira bermaksud kebaikan,manakala Ummah bermaksud Komuniti masyarakat. Bolehlah di takrifkan sebagai Kesatuan penggerak menuju ke arah kebaikan masyarakat.Ianya meliputi pelbagai kesatuan samaada akidah (Ahli Sunnah Wal Jamaah),berfikir,ekonomi ISLAM,tidak terlepas juga politik dan perundangan yang bersumberkan AL-QURAN,HADITH,IJMAK & QIYAS. Dalam ISLAM itu sendiri telah meletakkan dalam mentauhidkan ALLAH S.W.T sebagai prasyarat dalam rukun ISLAM yang pertama.Ini kerana barangsiapa menduakan @mensyirikkan ALLAH maka terkeluarlah ia dari ISLAM.Dalam solat kita umat ISLAM diwajibkan menghadap QIBLAT yang satu di BAITULLAH.Al-QURAN pula merupakan sumber rujukan yang terpenting dalam ISLAM,manakala SUNNAH itu memperjelaskan lagi apa yang terkandung kesamaran didalam Al-Quran itu dan ianya sebagai pelengkap yang saling berkait rapat. Apabila ISLAM itu dapat difahami dengan jelas,maka akan muncullah kesatuan itu dan secara langsung terus menjadikan masyarkat ISLAM itu dalam kebaikan,ini akan menarik penganut yang bukan beragama ISLAM itu lebih tertarik dan terpautnya kepada ISLAM ini,sepertimana yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W Moga-moga dengan tema ini dapatlah kita praktikkan dalam seluruh peringkat,bermula dari diri,keluarga dan masyarakat.Amin Ya Rabb
Sebarang teguran,komen,nasihat,pandangan boleh diutarakan,sekiranya mahu menghantar maklumat,artikel sila dapat berhubung melalui email hijau78@yahoo.com @ talian 013-7002341 (Halim),sekian wassalam
AJK PEKDIS KOTA TINGGI 2010
Penaung : Tn Hj Mohd Zakaria B Yusof (PPD Kota Tinggi) Penasihat : En Samion B Kassim (Tim.PPD Kota Tinggi) Pengerusi : Ust Jalaluddin B Mispan(Penyelia Kanan UPI KT) Naib Pengerusi : Ustzh Jahlelawati Bt Khairan (Penyelia UPI KT) Setiausaha : Ust. Shahrudin B Abdul Mubin (Sekolah Sukan BP) Naib Setiausaha : Ustzh Siti Norrihan Bt Abd Majid (SK Dtk.Ismail Saadon) Bendahari : Ustzh Salawati Bt Saringat (SK Bandar Penawar 2) AJK Unit Dakwah: -Ust Tn Za B Tn Muda (SMK Tu Habab) - Ust Mohd Khir B Mohd Amin (SMK Laksamana) - Ust Farhi NaimB Abd Kadir (SMK Linggiu) - Ust Solahuddin B Abd Rahman (SK A.T.4)-Ust Sariful Anam B Arshad ( SK Tmn Kota Jaya) AJK Unit An-Nisa’ : - Ustzh Raedah Bt Md Amin (SK Bandar) - Ustzh Hamidah Bt Mohd Shah (SK Bkt Lintang) - Ustzh NorShelida Bt Mohd Nor (SMK Bandar) AJK Unit Kebajikan : - Ust Marzuki B Mohd Tahir (SMK Teknik) - Ust Mahayuddin B Mohamad (SK Seri Setia Jaya)-Ust Roslan B Abd Kadir (SK Bkt Lintang)-Ust Hasrin Hakim B Sulong (SMKA Bdr Penawar) AJK Unit Ekonomi : - Ust LimanB Hashim (SK D.Ismail Saadon) - Ust Mazlan B Zainol (SK Mawai)-Ust Asfarizan B Pungot (SMKA Bdr Penawar)-Ust Rusli B Yusof (SK Bdr Easter) AJK Unit ICT & Sebaran Am : - Ust Mohd basri B Mohd Sohimi (SMK Lokman Hakim) - Ust Abd.Halim B Abdullah (SK Tun Dr Syed Nasir) - Ust Zaharin B Taha (SMK Saujana)-Ust Nizam B Noh (SK Seri Setia Jaya)