Sabtu, 16 Mei 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Tema Hari Guru Yang Menyemarakkan Martabat Dan Maruah Guru!
Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Guru-guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yang jelas demi kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yang memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Usaha untuk mencapai pembentukan tamadun yang tinggi peradabannya ini, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir. Budaya ini terarah untuk mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta kukuh akidah mereka. Pentradisian budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara.
Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan. Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.
Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran. Sejauh manakah teras ini mampu diperkukuh dan disepadukan demi pembinaan negara bangsa......SELAMAT HARI GURU SEMUA

Jumaat, 15 Mei 2009

EXPERT DAKWAH

SENARAI NAMA EXPERT DAKWAH KE ARAH MEMPERKASA DAKWAH SEKOLAH DALAM MENGHAYATI AMALAN ISLAM

PEKDIS KOTA TINGGI

Pembimbing usrah Pelajar
  1. Ustaz Hasrin Hakim bin Sulong
  2. Ustaz Amir bin Mohtaram
Pembimbing Dakwah di Asrama
  1. Ustaz Tuan Za
  2. Ustaz Haji Shaharudin
Pembimbing Rakan Sejawat Dakwah
  1. Ustaz Solahuddin
  2. Ustazah Norshelida
Pemantapan Aqidah dan Pencegahan Ajaran Sesat
  1. Ustaz Marzuki
  2. Ustaz Mazlan bin Amin
Pembimbing Pembudayaan Kompang Selawat, Berzanji Marhaban dan Nasyid
  1. Ustaz Muhammad Hisham bin Abd. Rahim
  2. Ustaz Khir bin Amin
  3. Ustaz Roslan
Pengurusan Amali Solat dan Pengurusan Musollah Al-Hakim
  1. Ustaz Leman
  2. Ustaz Shariful Anam
Penulisan dan Media Dakwah
  1. Ustaz Zaharin
  2. Ustaz Abd. halim
  3. Ustazah Norihan
Pengurusan Hari Kebesaran Islam dan Pembudayaan Al-Quran
  1. Ustaz Mahayuddin
  2. Ustaz Rosli
  3. Ustazah Nora Azian
Pengkaji Impak dan Pemantauan Dakwah Sekolah
  1. Ustaz Jalaluddin
  2. Ustaz Farhi Naim
  3. Ustazah Salawati binti Saringat
Pembimbing MTQSS dan Aktiviti Maal Hijrah
  1. Ustaz Mohd Asfarizan bin Pungut
  2. Ustaz Haji Mohd Nizam bin Noh
  3. Ustazah Hamidah

Perjuangan belum berakhir

Walaupun Kontinjen Kota Tinggi tidak dapat mengekalkan Kejuaraan MTQ 2008, namun ucapan tahniah juga diucapkan di atas beberapa kejayaan yang diperolehi pada MTQSS dan Festival Nasyid 2009.

Keputusan RASMI MTQSS

Sekolah Rendah

Tilawah AlQuran Lelaki
Johan : Johor Bahru
Naib Johan : Batu Pahat
Ketiga : Kota Tinggi

Tilawah AlQuran Perempuan
Johan : Batu Pahat
Naib Johan : Pontian
Ketiga : Segamat

Hafazan AlQuran Lelaki
Johan : Pasir Gudang
Naib Johan : Pontian
Ketiga : Johor Bahru

Hafazan AlQuran Perempuan
Johan : Pasir Gudang
Naib Johan : Johor Bahru
Ketiga : Batu Pahat

Bercerita Lelaki
Johan : Kota Tinggi
Naib Johan : Pasir Gudang
Ketiga : Muar

Bercerita Perempuan
Johan : Pasir Gudang
Naib Johan : Johor Bahru
Ketiga : Pontian

Sekolah Menengah

Tilawah AlQuran Lelaki
Johan : Batu Pahat
Naib Johan : Muar
Ketiga : Kota Tinggi

Tilawah AlQuran Perempuan
Johan : Batu Pahat
Naib Johan : Pontian
Ketiga : Johor Bahru

Hafazan AlQuran Lelaki
Johan : Johor Bahru
Naib Johan : Kota Tinggi
Ketiga : Pasir Gudang

Hafazan AlQuran Perempuan
Johan : Mersing
Naib Johan : Johor Bahru
Ketiga : Muar

Syarahan Lelaki
Johan : Pasir Gudang
Naib Johan : Mersing
Ketiga : Muar

Syarahan Perempuan
Johan : Pasir Gudang
Naib Johan : Kota Tinggi
Ketiga : Batu Pahat

Johan Keseluruhan Rendah : Pasir Gudang
Johan Keseluruhan Menengah : Batu Pahat & Pasir Gudang

Keputusan RASMI Nasyid

Sekolah Rendah
Johan : Pasir Gudang
Naib Johan : Muar
Ketiga : Johor Bahru

Sekolah Menengah
Johan : Muar
Naib Johan : Pasir Gudang
Ketiga : Kulai

Khamis, 23 April 2009

TAHNIAH BUAT KONTINJEN KOTA TINGGI...

Tahniah sekali lagi buat Kontinjen Kota Tinggi kerana berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan (Kategori Sekolah Rendah) pada pertandingan Aktiviti Maal Hijrah Peringkat Negeri 2009 di Muar...

Keputusan Rasmi

Sekolah Rendah

Berzanji Lelaki
Johan Batu Pahat
Naib Johan Muar
Ketiga Kota Tinggi

Berzanji Perempuan
Johan Batu Pahat
Naib Johan Kota Tinggi
Ketiga Segamat

Tulisan Jawi Lelaki
Johan Kota Tinggi
Naib Johan Pasir Gudang
Ketiga Batu Pahat

Tulisan Jawi Perempuan
Johan Pontian
Naib Johan Kota Tinggi
Ketiga Muar

Kuiz Pendidikan Islam
Johan Kluang
Naib Johan Kota Tinggi
Ketiga Batu Pahat

JOHAN KESELURUHAN : KOTA TINGGI

Sekolah Menengah

Berzanji Lelaki
Johan Johor Bahru
Naib Johan Muar
Ketiga Kulai

Berzanji Perempuan
Johan Kluang
Naib Johan Johor Bahru
Ketiga Segamat

Seni Khat Lelaki
Johan Mersing
Naib Johan Kluang
Ketiga Pontian

Seni Khat Perempuan
Johan Pontian
Naib Johan Kota Tinggi
Ketiga Segamat

Kuiz Pendidikan Islam
Johan Pontian
Naib Johan Kota Tinggi
Ketiga Johor Bahru

JOHAN KESELURUHAN : PONTIAN

Khamis, 19 Mac 2009

Wahdah Pemangkin Haira Ummah

Assalamualaikum....dan SALAM serta SELAWAT ke Atas JUNJUNGAN Besar NABI MUHAMMAD S.A.W
Menjelang bulan RabiulAwal,maka seluruh dunia akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul khususnya yang beragama ISLAM.Maka tema pada tahun ini di Malaysia memilih "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".Mari kita sama-sama perhatikan maknanya satu persatu.Wahdah bermaksud kesatuan,Pemangkin bermaksud penyebab,penggerak,Khaira bermaksud kebaikan,manakala Ummah bermaksud Komuniti masyarakat.
Bolehlah di takrifkan sebagai Kesatuan penggerak menuju ke arah kebaikan masyarakat.Ianya meliputi pelbagai kesatuan samaada akidah (Ahli Sunnah Wal Jamaah),berfikir,ekonomi ISLAM,tidak terlepas juga politik dan perundangan yang bersumberkan AL-QURAN,HADITH,IJMAK & QIYAS.
Dalam ISLAM itu sendiri telah meletakkan dalam mentauhidkan ALLAH S.W.T sebagai prasyarat dalam rukun ISLAM yang pertama.Ini kerana barangsiapa menduakan @mensyirikkan ALLAH maka terkeluarlah ia dari ISLAM.Dalam solat kita umat ISLAM diwajibkan menghadap QIBLAT yang satu di BAITULLAH.Al-QURAN pula merupakan sumber rujukan yang terpenting dalam ISLAM,manakala SUNNAH itu memperjelaskan lagi apa yang terkandung kesamaran didalam Al-Quran itu dan ianya sebagai pelengkap yang saling berkait rapat.
Apabila ISLAM itu dapat difahami dengan jelas,maka akan muncullah kesatuan itu dan secara langsung terus menjadikan masyarkat ISLAM itu dalam kebaikan,ini akan menarik penganut yang bukan beragama ISLAM itu lebih tertarik dan terpautnya kepada ISLAM ini,sepertimana yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Moga-moga dengan tema ini dapatlah kita praktikkan dalam seluruh peringkat,bermula dari diri,keluarga dan masyarakat.Amin Ya Rabb

Isnin, 9 Mac 2009

Keahlian PEKDIS 2009

Perhatian...kepada semua Guru GPI & j-QAF yang berada diDaerah Kota Tinggi,sila mendaftar sebagai Ahli PEKDIS,bagi menambahkan dana aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh PEKDIS Negeri.Setiap GPI & j-QAF perlu memperbaharui keahlian setiap tahun sebanyak RM12.00.Hal ini bolehlah dirujuk kepada Penyelia UPI Kota Tinggi bagi Daerah ini.Harap Maklum

Jumaat, 6 Mac 2009