Khamis, 19 Mac 2009

Wahdah Pemangkin Haira Ummah

Assalamualaikum....dan SALAM serta SELAWAT ke Atas JUNJUNGAN Besar NABI MUHAMMAD S.A.W
Menjelang bulan RabiulAwal,maka seluruh dunia akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul khususnya yang beragama ISLAM.Maka tema pada tahun ini di Malaysia memilih "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".Mari kita sama-sama perhatikan maknanya satu persatu.Wahdah bermaksud kesatuan,Pemangkin bermaksud penyebab,penggerak,Khaira bermaksud kebaikan,manakala Ummah bermaksud Komuniti masyarakat.
Bolehlah di takrifkan sebagai Kesatuan penggerak menuju ke arah kebaikan masyarakat.Ianya meliputi pelbagai kesatuan samaada akidah (Ahli Sunnah Wal Jamaah),berfikir,ekonomi ISLAM,tidak terlepas juga politik dan perundangan yang bersumberkan AL-QURAN,HADITH,IJMAK & QIYAS.
Dalam ISLAM itu sendiri telah meletakkan dalam mentauhidkan ALLAH S.W.T sebagai prasyarat dalam rukun ISLAM yang pertama.Ini kerana barangsiapa menduakan @mensyirikkan ALLAH maka terkeluarlah ia dari ISLAM.Dalam solat kita umat ISLAM diwajibkan menghadap QIBLAT yang satu di BAITULLAH.Al-QURAN pula merupakan sumber rujukan yang terpenting dalam ISLAM,manakala SUNNAH itu memperjelaskan lagi apa yang terkandung kesamaran didalam Al-Quran itu dan ianya sebagai pelengkap yang saling berkait rapat.
Apabila ISLAM itu dapat difahami dengan jelas,maka akan muncullah kesatuan itu dan secara langsung terus menjadikan masyarkat ISLAM itu dalam kebaikan,ini akan menarik penganut yang bukan beragama ISLAM itu lebih tertarik dan terpautnya kepada ISLAM ini,sepertimana yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Moga-moga dengan tema ini dapatlah kita praktikkan dalam seluruh peringkat,bermula dari diri,keluarga dan masyarakat.Amin Ya Rabb

Isnin, 9 Mac 2009

Keahlian PEKDIS 2009

Perhatian...kepada semua Guru GPI & j-QAF yang berada diDaerah Kota Tinggi,sila mendaftar sebagai Ahli PEKDIS,bagi menambahkan dana aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh PEKDIS Negeri.Setiap GPI & j-QAF perlu memperbaharui keahlian setiap tahun sebanyak RM12.00.Hal ini bolehlah dirujuk kepada Penyelia UPI Kota Tinggi bagi Daerah ini.Harap Maklum

Jumaat, 6 Mac 2009

Selasa, 3 Mac 2009

AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah dengan Inayah dan QudrahNYA ,dapat kita berjumpa buat julung-julung kalinya dalam Blog ini,bagi menyampaikan E-maklumat kepada pengunjung dan khususnya kepada warga GPI dan Guru j-QAF diseluruh Kota Tinggi.InsyaALLAH saya mewakili AJK PEKDIS Daerah,memohon ampun dan maaf,serta mengalu-alukan sebarang teguran,sumbangan,informasi bagi menaik tarafkan Blog yang setahun jagung ini.